Sunday 9 December 2012

Wednesday 14 November 2012

Assalamualaikum semua !

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H. Semoga tahun baru ini disertai azam dan niat yang baru. Teruskan membaiki diri menjadi yang lebih baik. Di kesempatan ini juga, di saat kita umat Islam menyambut tahun baru, saudara Islam kita di Gaza diserang lagi. Bersyukurlah kita di bumi Malaysia ini. Oleh itu, marilah bersama-sama kita mendoakan saudara Islam kita di Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.



Monday 12 November 2012




Assalamualaikum.
Kepada semua warga pendidik dan murid-murid, saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua.
Manfaatkan cuti ini dengan perkara-perkara berfaedah. Jaga diri. Selamat Bercuti :)

Friday 2 November 2012

Video Sirah Rasulullah - bahagian 2

                                         CREDIT VIDEO DARI YOUTUBE

Tazkirah Jumaat.

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat

✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Wednesday 31 October 2012

Saturday 27 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum. Salam Aidiladha.
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca.
Eid Adha Mubarak! Selamat menjalani ibadah korban. Kullu am wantum bi kheir :)


Friday 5 October 2012

Nota Tambahan



Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:
1.  Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2.  Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3.  Belalang.
4.  Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.
5.  Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.



Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

1.   Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:
i.  Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii.  Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. 

2.  Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i.  Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman.  Air minuman itu tidak najis.

Air Liur Basi

Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1.  Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.
2.  Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.

Hukum Madu

1.  Halal meminum madu  kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2.  Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3.  Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Gambar gambar najis mutawasitah


Wednesday 3 October 2012

Cara menyucikan najis Mutawasitah dan Munghalazah

                                                                1. Najis Mutawasitah

2. Najis Mughalazah

Cara menyucikan najis mukaffafah


Jenis-jenis Najis


Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya

Pengertian Najis
Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik.
Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.

Kejadian Najis
1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya)
2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)
3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).

Bahagian-bahagian Najis
A) Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

B) Najis Mutawassitah
Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada dua:
  • Najis ainiyyah – najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
  • Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.

C) Najis Mughallazah
Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.

D) Najis-najis Lain
Selain daripada tiga jenis najis di atas, terdapat satu najis lagi iaitu “Najis Ma’fu” iaitu najis yang dimaafkan seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan.

Cara-cara Menyucikan Najis
A) Najis Mukhaffafah
     1. Basuh bahagian yang terkena najis dan kemudian lap.
     2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
     3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
B) Najis Mutawassitah
    1. Buang najis dari tempat yang terkena kotoran.
    2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
    3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.
C) Najis Mughallazah
     1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
     2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
     3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang.