Nota Tambahan


Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:
1.  Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2.  Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3.  Belalang.
4.  Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.
5.  Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.



Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

1.   Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:
i.  Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii.  Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. 

2.  Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i.  Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman.  Air minuman itu tidak najis.

Air Liur Basi

Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1.  Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.
2.  Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.

Hukum Madu

1.  Halal meminum madu  kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2.  Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3.  Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

2 comments: